Melakar Masa Depan Kerjaya Melalui Latihan di Malaysia: Pilihan Bijak untuk Belia dan Majikan

Kenapa Latihan di Malaysia Menjadi Fokus Penting Kerjaya?

Sama ada anda seorang graduan baharu mahupun profesional berpengalaman yang ingin mengembangkan potensi kerjaya, latihan di Malaysia kini bukan lagi satu pilihan, tetapi merupakan satu keperluan. Perkembangan pesat teknologi dan perubahan dinamik industri menuntut individu serta organisasi untuk sentiasa meningkatkan kemahiran.

Inisiatif seperti TVET Madani, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), dan pelbagai program latihan teknikal menawarkan pendekatan baharu dalam pembangunan modal insan negara.

Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui TVET dan Kursus Teknikal

Masih ramai yang keliru antara menyambung pengajian akademik atau memilih laluan teknikal. Hakikatnya, sistem TVET Malaysia membuka peluang kerjaya yang luas, terutamanya dalam sektor kejuruteraan, automotif, teknologi maklumat dan pembinaan.

Di bawah inisiatif TVET Madani, pelatih bukan sahaja memperoleh pensijilan kemahiran, malah turut terlibat secara langsung dalam latihan amali dan penempatan industri; satu bentuk pembelajaran praktikal yang tidak semestinya ditawarkan oleh universiti.

Penyedia Latihan Diiktiraf: Pilihan Meluas di Seluruh Negara

Menurut data HRD Corp, terdapat lebih daripada 5,500 penyedia latihan berdaftar di Malaysia. Negeri Selangor mencatatkan bilangan tertinggi dengan hampir 45% daripadanya. Ini memberikan akses yang mudah kepada pelatih dan majikan untuk memilih pusat latihan yang terbaik dan berdekatan.

Skim Pembiayaan Latihan oleh HRD Corp (Terkini, 2025)

Salah satu kelebihan utama dalam ekosistem latihan di Malaysia ialah kewujudan pelbagai skim pembiayaan latihan yang dikendalikan oleh HRD Corp, agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia. Pada tahun 2024, HRD Corp mencatat rekod kutipan levi tertinggi dalam sejarah penubuhannya iaitu RM 2.3 bilion, dan hampir RM 1.99 bilion telah disalurkan semula kepada majikan melalui pelbagai skim tuntutan latihan; peningkatan hampir 31% berbanding tahun sebelumnya.

Antara skim utama yang ditawarkan termasuk:

  • Tabung Pembangunan Modal Insan (HCDF): Menyediakan sokongan kewangan kepada syarikat untuk melaksanakan latihan dalaman yang selaras dengan keperluan organisasi.
  • Program e-SkillsMalaysia: Memberi penekanan terhadap pembangunan kemahiran digital, termasuk penyediaan modul latihan dalam talian dan penggunaan platform e-pembelajaran.
  • Skim CBT dan LMS: Menawarkan bantuan pembiayaan sehingga 100% kos yang diluluskan untuk pembelian dan pelaksanaan sistem pengurusan pembelajaran (LMS) seperti Moodle™ software, bagi organisasi yang ingin memperkukuh latihan secara dalam talian.

HRD Corp juga telah mempercepat proses kelulusan dan pembayaran tuntutan latihan daripada 48 jam kepada 24 jam, dengan sasaran hanya 1 jam menjelang 2025. Masa pemprosesan bayaran pula dipendekkan daripada 14 hari kepada 7 hari, dan disasarkan turun kepada hanya 3 hari.

Ini menunjukkan komitmen berterusan HRD Corp dalam menyokong pembangunan modal insan negara melalui pelaksanaan latihan yang lebih cekap, pantas dan berskala.

E-Pembelajaran & Moodle™ Software: Masa Depan Latihan Digital

Hampir 50% majikan di Malaysia kini memasukkan e-Pembelajaran sebagai sebahagian daripada pelan latihan mereka. Platform yang paling kerap digunakan adalah Moodle™ software, yang menawarkan:

  • Pentadbiran kursus secara fleksibel
  • Penyampaian modul latihan jarak jauh
  • Pelaporan prestasi masa nyata

Platform ini amat sesuai untuk keperluan latihan dalam persekitaran kerja moden.

Trend Latihan Pasca Pandemik: Adaptasi, Pemulihan dan Transformasi

Pandemik COVID‑19 telah memberi kesan besar terhadap ekosistem latihan di Malaysia. Aktiviti latihan menurun dengan ketara pada tahun 2020, dengan jumlah permohonan kursus yang berdaftar susut berbanding tahun-tahun sebelumnya. Namun begitu, menjelang 2021, sektor ini mula menunjukkan pemulihan, apabila permohonan latihan meningkat sekitar 5%; petanda jelas bahawa organisasi dan tenaga kerja mula menyesuaikan diri dengan norma baharu dan pendekatan digital dalam latihan.

Pasca pandemik menyaksikan kebangkitan semula sektor latihan dengan sokongan pelbagai inisiatif nasional. Antaranya, National Training Week (NTW) yang diperkenalkan oleh HRD Corp sejak tahun 2023, telah mencatat lebih 240,000 penyertaan dan menawarkan lebih 65,000 kursus latihan menjelang Jun 2024. Ini jauh melebihi sasaran awal sebanyak 150,000 dan turut membuktikan minat tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia untuk kembali belajar dan meningkatkan kemahiran.

Selain itu, HRD Corp turut mengembangkan platform e-LATiH, iaitu portal pembelajaran digital percuma yang kini mempunyai lebih 401,000 pengguna berdaftar dan mencatat lebih 1.2 juta penyertaan kursus sejak dilancarkan pada 2021. Sementara itu, aplikasi super MyHRDCorp telah mempercepat proses kelulusan permohonan latihan dimana ada yang diluluskan dalam masa kurang 14 jam, menandakan peningkatan kecekapan yang ketara dalam pengurusan dana latihan.

Namun, cabaran kekal wujud. Kajian oleh Randstad Malaysia pada tahun 2023 menunjukkan bahawa lebih 60% pekerja menghadapi kesukaran untuk memperoleh kemahiran baharu selepas pandemik. Golongan muda (18–24 tahun) paling terkesan, dengan 69% melaporkan kekangan dalam usaha meningkatkan kemahiran mereka. Ini menunjukkan keperluan mendesak bagi majikan dan pembuat dasar untuk menyediakan platform latihan yang inklusif dan mudah diakses oleh semua peringkat tenaga kerja.

Secara keseluruhannya, pandemik bukan sahaja menguji ketahanan sektor latihan, malah mempercepatkan transformasi digital dalam penyampaian latihan. Kini, latihan secara dalam talian, sistem LMS seperti Moodle™ software, dan pembelajaran kendiri menjadi elemen penting dalam pelan pembangunan sumber manusia negara. Malaysia kini berada di landasan yang lebih kukuh untuk membina masa depan latihan yang fleksibel, mampan dan berimpak tinggi.

Latihan, Penilaian & Pensijilan: Gabungan Untuk Masa Depan Pekerjaan

Gabungan latihan, penilaian dan pensijilan kemahiran seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kini diiktiraf sebagai laluan strategik kerjaya yang diiktiraf industri. Dengan kadar kebolehpasaran tinggi, SKM bukan sahaja mengiktiraf kemahiran sedia ada tetapi turut membuka peluang kenaikan pangkat dan gaji. Malah, SKM Tahap 6 hingga 8 kini setaraf dengan ijazah Sarjana Muda, menjadikannya aset penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir. Pendekatan seperti RPEL juga memudahkan golongan bekerja dan B40 mendapatkan pengiktirafan kemahiran mereka tanpa laluan akademik formal.

TVET untuk Belia: Laluan Alternatif yang Realistik dan Praktikal

Bagi lepasan SPM, TVET Madani menyediakan laluan pendidikan yang lebih inklusif, berasaskan kemahiran, dan menepati keperluan pasaran kerja. Melalui program yang berstruktur dan kolaborasi dengan industri, pelajar TVET dilatih bukan sahaja dalam aspek teknikal tetapi juga kemahiran insaniah seperti kepimpinan, komunikasi, dan adaptasi teknologi. Laluan ini bukan sekadar alternatif kepada akademik tradisional, malah terbukti lebih cepat membuka peluang kerjaya dan penjanaan pendapatan.

Mencari Kursus atau Latihan? Gunakan Portal Portal MyTVET

Portal rasmi MyTVET berfungsi sebagai hab sehenti untuk maklumat berkaitan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional di Malaysia. Melalui portal ini, pelajar, ibu bapa, dan majikan boleh mencari kursus berdasarkan lokasi, tahap kelayakan, bidang industri, serta institusi yang ditawarkan. Ciri carian pintar dan pautan terus ke institusi latihan menjadikan MyTVET alat penting untuk merancang laluan kerjaya yang lebih sistematik dan selaras dengan kehendak industri.

Tip Memilih Kursus Latihan Mengikut Keperluan Industri

  1. Kenal pasti kemahiran yang ingin dibangunkan.
  2. Rujuk kursus yang diiktiraf atau mendapat akreditasi rasmi.
  3. Pilih penyedia latihan berdaftar dengan HRD Corp atau Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  4. Pastikan kursus merangkumi elemen penilaian dan pensijilan.

Berminat untuk Beralih ke Latihan Dalam Talian?

Di Pukunui, kami membantu organisasi mereka bentuk dan melaksanakan kursus atas talian menggunakan Moodle™ software. Perkhidmatan kami merangkumi:

  • Rekabentuk kursus interaktif
  • Sokongan teknikal dan latihan pengguna
  • Integrasi sistem LMS mengikut keperluan organisasi

Hubungi kami hari ini untuk membina sistem latihan digital anda yang mampan dan berskala.

Soalan Lazim (FAQs) Tentang Latihan di Malaysia

Apa itu HRD Corp dan peranannya?
HRD Corp ialah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang mengurus levi latihan dan menyediakan dana kepada majikan untuk latihan pekerja. Ia turut menyelaras pelbagai inisiatif pembangunan kemahiran negara.

Adakah sijil TVET seperti SKM diiktiraf?
Ya, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh JPK diiktiraf secara meluas di Malaysia dan juga luar negara.

Di mana saya boleh mencari kursus kemahiran?
Gunakan Portal MyTVET atau lawati laman web penyedia latihan yang berdaftar dengan HRD Corp.

Adakah terdapat bantuan kewangan untuk individu menyertai kursus TVET?
Ya, terdapat pelbagai program sokongan seperti HCDF dan program khas belia yang menyediakan bantuan atau biasiswa kepada peserta layak.

Bolehkah saya menggunakan Moodle™ software untuk menyediakan kursus sendiri?
Ya. Moodle™ software ialah platform sumber terbuka yang membolehkan organisasi menyampaikan latihan digital secara fleksibel. Pastikan anda mematuhi garis panduan perlesenan Moodle™.

Iza Idris Avatar